Sunday 22 May 2011

Perpisahan....

Assalamualaikum, emm hari ni aku nak cerita ngan korang pasal perpisahan… (bukan perpisahan yang cinta-cinta punya) ni perpisahan kawan satu opis aku, kalu korang kerja perkara2 macam orang dipindahkan tugas atau berhenti ni satu benda yang biasa bagi orang2 yang bekerja, so minggu lepas kawan opis aku behenti kerja, dia ni orang Sarawak tapi bekerja disabah, sebelum tu aku nak kongsi ngan korang semua pasal diri dia, dia ni jenis orang yang baik, cergas, peramah, periang, lucu dan tersanggatlah aktif dengan aktiviti dia macam2 aktiviti dia buat, ada satu perkara yang aku btl2 tabik spring ngan dia ni, dia ni jenis orang yang rajin bekerja tidak kira siang malam, dan aku jarang dengar dia mengeluh mungkin ada la juga tapi tidak sebanyak macam aku, banyak kerja sikit mengeluh ja hehehehe. Hari jumaat lepas kami buat jamuan perpisahan untuk dia, lepas ja waktu pejabat kami semua keluar pegi tanjung lipat makan ikan bakar hehe, kami datang awal tapi orang yang diraikan yang datang lewat,bukan apa dia pegi main badminton lepas tu baru dia pegi tanjung lipat, yang syoknya dia tak tau pun yang kami buat kejutan untuk dia sabap masa kat office dia Tanya kami semua “bos cakap ada kek untuk saya,mana kek saya tiada pun” kami pun cakap la yang takde kek untuk dia, sebenarnya kek tu memang sudah ada bos suruh beli,kek tu kami bawa pegi tanjung lipat secara diam2. Habis ja semua makan, aku suruh member aku pegi ambil kek tu, tapikan aku tgok muka dia tak terkejut langsung pun masa tggok kek tu sampai, kami pun nyanyi la lagu hari jadi dengan nada perlahan (gila ko nak nyanyi kuat2 dah la tempat tu tempat terbuka). Ok dah selesai semua makan kek adengan yang aku sendiri tak berapa suka adengan main kek huhu, bukan apa aku tak suka, kek tu kan ada minyak sikit muka aku ni jenis yang berminyak, kalau dah muka aku kena kek tambah berbinyak la muka aku… nak cuci punya main susah, aku lari masa dorag tgah conteng2 kek kat muka heheh tapi akhirnya aku kena juga heheh takpelah bukan selalukn. Kami ada tanya dia pasal apa pandangan awal dia dengan kami masa mula2 dia masuk kerja hu.. aku lucu sabap dia cakap aku dengan member aku sorang tu nama dia nick, dia cakap kami ni kuat kacau dia heheh memang pun, nak tau kenapa… firstime aku tggok muka dia dalam facebook cun gila hehe mcm mat salleh pun ada, tapi memang cun pun hahahha. Yang aku tak boleh tahan rasa sedih btl masa kami nak balik dari tanjung lipat, aku dapat tenggok dari mata dia yang dia betul sedih untuk meninggalkn kami tapi dia tahan kesedihan tu, dia seorang wanita yang tabah, tapi dia kalah masa berpelukan dengan kak dayang, air mata dia jatuh akhirnya, masa tu semua orang rasa betul2 kehilangan seorang teman opis yang cukup baik.
Ni dia Constance dan Kak Dayang

Sekarang ni semuanya tinggal kenagan, tak ada sudah artis yang selalu menyanyi lagu tanak kampung dalam versi dusun kat office kami, walaupun dia tak tau cakap dusun dia tetap juga belajar nyanyi lagu tu, aku teringat dia nyanyi lagu tu “ aiso nunununu” cara dia sebut tu smpai bila2 aku tak boleh lupa heheh lucu terbaikla AWESOME. Kadang2 kalau dah lepas jam 5 kami buat gempak di opis karoke meggunakan youtube heheh, satu opis tu bising oleh kami tapi semua ok spoting gila2, aku rasa kami semua satu opis macam satu keluarga, masing2 akan ambil berat antara satu dengan yang lain, itu adalah kekuatan kami semua.
Suka-Suki bersama dia


Kenangan buat selamanya

Constance kami semua akan sentiasa inggat kat kau walaupun kau tidak bersama kami lagi, kami doakan semoga kau dapat kerja yang lebih bagus di tempat lain,dan anggap lah kami semua ni satu kenagan yang cukup manis dalam hidup kau. Jangan kau lupa kami, kalu ada apa2 aktiviti luar kami bawa juga kau kalau kau masih di sabah hehehehe. Semoga persahabatan kita semua akan kekal sampai bila2.
Ok tu ja yang aku dapat kongsi dengan korang hari ni
Asslamaualaikum.....
AWESOME

No comments:

Post a Comment