Friday 20 May 2011

Kelab Permotoran dan konvoi

Assalamualaikum semua ok hari ni aku nak kongsi dengan korang pasal kelab kereta yang aku join, nama kelab ni SBC atau nama penuhnyua Sabah BLM Community, aku join kelab ni dari tahun lepas kalu tak silap aku bulan 7  2010, kelab ni mengumpulkan semua pemilik2 kereta Proton Saga BLM, semenjak aku join kelab ni aku rasa kelab ni best sebap banyak aktiviti2 yang menarik, member2 dalam kelab pun semua satu kepala, kalu bekumpul lepak ramai2 meriah la jawabnya... kadang2 becerita mcm tak iggat nak balik rumah heheheh...

Baru-baru ni SBC ada buat program Konvoi Jelajah Daerah ke Daerah start dari Daerah Kota Belud best wooo, walaupun tidak ramai yang dapat datang tetap juga best, perjalanan dimulakan di petronas tuaran tempat kami berkumpul, tepat jam 10 pagi kami semua bergerak ke Kota Belud oleh kerana keadaan jalan yang lengang kami smpai di Kota Belud tepat pukul 10.20 pagi (laju juga 20minit ja ).

Sampai di Kota Belud kami berahat di kedai makan tepi jalan aku pun lupa nama tempat tu yang penting kedai tu boleh minum la hehehehe, kami berehat sambil tunggu member2 lain dari Kota Belud baru la kami meneruskan perjalanan ke sebuah restorent makanan laut di Kuala Abai,

Sambil kami menunggu makanan kami kena masak apa lagi ambil gambar time heheheh.... sambil ambil gambar kami bercerita macam2 cerita ntah apa-apa dari A-Z hahaha. Setengah jam kami menunggu tekak pun kering tapi nasib baik ada bandung ais fuhhhhh sedap minum bandung ais time2 tengahari mcm tu, sampai ja makanan kami peh perut aku mula la berbunyi Gruk~~~gruk~~~~~ heheh. Ikan kerapu 3 ekor masak 3 jenis lepas tu ada sayur campur kangkung (kegemaran aku) ngan udang (aku tak makan udang) berbaloi.....

Selesai makan kami pun buat sesi bergambar beramai2 heheh time ni syok, semua aksi2 ganas keluar time bergambar huhuh.

Selesai acara makan-makan semua bergerak ke pekan Kota Belud round2 je duduk minum2 heheh pas tu kami semua bergerak balik ke tempat masing-masing selesaila konvoi jelajah yang pertama.

Kamu tenggok la gambar-gambar kami ok heheh
Enjoy


 Menunggu makanan sampai
 makan time...
 Menunggu member-menber lain sampai
 Sesi bergambar buang tebiat
 Muka kekenyangan

ni la kereta-kereta kami semua yang menjayakan konvoi jelajah
Cantik nice
(gambar ni semua aku ambil dari saudara Zul pengerusi Sabah BLM Community)

Next daerah Kota Marudu bulan depan,ba mana mau bawa doranag daerah aku ni heheh, nanti lepas konvoi ke kota marudu aku akan ceritakan aktiviti kami d sana heheh tunggu.....

AWESOME

No comments:

Post a Comment